Tidak dinafikan santan memang cepat basi. Paling Lama pun tahan dalam dua hari. Lepas tu buang dan rasa membazir. Kadang-kadang santan nak pakai sikit je, selebihnya konon nak simpan, tapi akhirnya terpaksa dibuang.
Jangan risau, baca lebih lanjut untuk ketahui cara nak simpan santan untuk tahan lebih lama. Cara ini bukan saja berkesan tetapi dapat menjimatkan ruang peti sejuk anda.
Mudah je caranya, hanya perlu sediakan plastik aiskrim yang macam aiskrim satu Malaysia tu. Masukkan santan perlahan lahan ke dalam plastik. Jangan isi terlalu penuh, packing sikit sikit pun okay. Lepas dah packing terus ikat simpul dan masuk ke dalam peti bawah. Bukan dalam freezer tau. Labelkan tarikh just incase.
So, kalau nak pakai baru la ambil ia dalam peti belah bawah. Santan pun tahan la, jimat ruang dan senang untuk digunakan. Selamat mencuba guys!
Oleh : Khalie Azmi
Sumber: alaf21.com