Biasalah anak anak kecil selalu menjadikan dinding sebagai ‘kanvas’ seni mereka. Ibu bapa harus banyak bersabar dengan telatah mereka. Tapi kalau dinding dah penuh dengan lukisan seni anak-anak , ibu bapa mana yang dapat bersabarkan? Jangan risau, masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah je.
Tak perlu nak cat semula dinding dirumah, try cara yang paling mudah ini untuk hilangkan kesan conteng pada dinding. Apa yang perlu ada hanya span, Cream Cif dan air sahaja untuk bersihkannya. Gunakan span bersama Cream Cif dan tonyoh pada dinding sehingga lukisan tanggal dan hilang. Kemudian lap sisa dakwat dan kotoran dengan hanya menggunakan air sehingga bersih.
Cara lain korang boleh pakai soda bikarbonat yang telah dicampurkan dengan sedikit air. Celupkan kain bersih ke dalam campuran ini dan gosokkan perlahan lahan pada dinding yang diconteng. Gosok sehingga lukisan pada dinding tanggal.
Satu lagi cara adalah dengan menggunakan cuka. Just celup berus gigi dan berus pada kesan conteng di dinding sehingga hilang dan akhir sekali bilas dengan air bersih.
Selamat mencuba guys!
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: impiana