Cara Nak Elakkan Jerawat Badan

cara nak elakkan jerawat badan

Masalah jerawat badan akan menyebabkan seseorang berasa malu dan kurang keyakinan diri. Anda mungkin tidak mempunyai jerawat pada muka tetapi muncul di bahagian belakang badan pula.

 Jangan risau, baca dengan lebih lanjut untuk ketahui cara mengelakkan pertumbuhan jerawat badan.

  1. Sebaik saja habis workout atau bersenam, terus mandi kerana ia bukan saja untuk kebersihan diri tetapi juga untuk mengembalikan kesegaran selepas penat bersenam. Mandi selepas bersenam boleh membuang segala kotoran, minyak, kulit mati dan juga menyingkirkan bakteria dari badan.

 

  1. Gunakan body wipes, dan bersihkan wajah dan badan jika anda tidak selesa nak mandi di gym. Peluh yang kering akan menyebabkan bakteria masuk ke liang-liang pori. Ini akan menyebabkan masalah kulit seperti jerawat badan, panau dan sebagainya.

 

  1. Bakteria dan fungus sangat suka tempat yang lembab. Bayangkan kalau anda mengunakan tuala yang sama yang pakai berulang kali. Ia akan menjejaskan kesihatan kulit anda. Seeloknya, tuala harus kerap ditukar dan dibasuh.

 

  1. Produk kulit membantu membersihkan kotoran dan memberikan perlindungan pada kulit kita. Namun begitu, produk yang digunakan harus lah bersesuaian dengan kulit masing masing. Produk yang tidak sesuai menyebabkan berlakunya masalah jerawat.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: maskulin