Cara Betul Nak Cuci Seluar Jeans

cara betul nak cuci seluar jeans

Ramai yang di antara kita suka memakai seluar jeans baik lelaki atau perempuan. Seluar jeans yang berkualiti bukannya murah. That’s why, pentingnya untuk kita tahu teknik yang betul mencuci seluar jeans agar ianya kekal baik dan masih elok walaupun susah lama.

Seluar jeans berkualiti mempunyai ketahanan sangat tinggi dan boleh dipakai selama 10 tahun kalau dijaga dengan baik. Berbeza dengan seluar jeans yang tidak original yang kurang kualitinya, ia hanya boleh bertahan selama 2 atau 3 tahun.

Salah satu cara yang betul adalah dengan terbalikkan seluar jeans sebelum membasuh. Pastikan bahagian dalam berada di luar ketika ia dicuci. Kaedah ini akan mengekalkan warna asal jeans agar tidak luntur. Dikatakan warna jeans itu yang mahal’. That’s why pentingnya mengekalkan warna tekstur jeans.

Lagi satu cara yang harus anda lakukan adalah tidak mencuci jeans dengan pakaian yang lain. Lebih banyak pakaian disumbat ke dalam mesin basuh lebih sukar cucian ke atas jean.

Elakkan menggunakan dryer ataupun pengering keatas jeans anda kerana ia akan mengecutkan material jeans anda. Jemur saja dibawah cahaya matahari dan biarkan ia kering sendiri secara semula jadi.

Selamat mencuba guys!

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: maskulin