Cara Betul Cuci Bersih Sayur

cara betul cuci bersih sayur

Bukan saja sayur malah bahan-bahan mentah yang lain perlu dicuci bersih sebelum memasak. Ramai yang tidak ambil peduli tentang cara yang betul dalam membersihan bahan mentah terutamanya sayur-sayuran. Tidak dinafikan sayur yang baru dibeli di pasar mempunyai banyak kotoran seperti pasir dan tanah. Elak menggunakan bahan yang mengandungi racun atau kimia. Teruskan membaca untuk tahu cara betul cuci sayur.

  1. Cara yang terbaik adalah merendamkan sayur-sayuran seketika. Kemudian cuci dengan menggosokan sayuran di bawah air yang mengalir. Boleh gunakan berus penggosok khas yang bersih untuk menanggalkan kotoran pada permukaan sayuran yang boleh dikatakan sukar

 

  1. Kalau anda risaukan saki baki racun atau bahan kimia, boleh rendamkan seketika dengan air garam atau soda bikarbonat sebelum cuci dengan air mengalir.

 

  1. Kalau sayur atau buah buahan tidak dimasak, harus la keringkan permukaan dengan kain atau tissue yang bersih kerana air yang berlebihan (lembab) mengundang kehadiran kuman. Sayur yang kering akan membuatkan ia tahan lebih lama.

 

Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada korang semua. Selamat mencuba.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita