Cantiknya Tasik Biru Dekat Rompin Ni!

cantiknya tasik biru dekat rompin ni!

Rompin, Pahang bukan saja terkenal dengan destinasi pelancongan tetapi ia juga mempunyai satu hidden gem ataupun permata tersembunyai yang menjadi semakin popular iaitu Tasik Biru di Bukit Ibam. Air tasiknya berwarna kebiruan dan turquoise membuatkan lokasi itu sering dikunjungi oleh orang ramai.

Untuk mendapatkan pemandangan yang indah itu, pengunjung harus mendaki bukit yang agak cerun dan tinggi. Apabila korang dah sampai di atas puncak, segalanya memang ‘worth it’! Korang dapat menikmati keindahan Tasik Biru yang sangat unik.

Tasik Biru ini merupakan bekas lombong bijih besi yang diushakan pada tahun 1950-an dan dipercayai tasik itu tidak selamat untuk digunakan. Kewujudan Tasik Biru dipercayai punca hasil tindak balas kimia daripada bijih besi yang menyebabkan tasik menjadi sangat biru dan jernih.

Tasik Biru tersebut sangat berpontensi untuk menjadi produk pelancongan baru di Rompin. Pihak Tourism Pahang berkata mereka dalam perancangan menyediakan lebih banyak kemudahan awam untuk keselesaan pengunjung.

So apa tunggu lagi guys! Masukkan Tasik Biru dalam list anda. Selain dapat mengabadikan gambar sebagai kenang-kenangan, korang juga berpeluang untuk menikmati keunikan Tasik Biru yang sangat memukau.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: rileklah