Kebanyakkan café yang dibuka berkonsepkan industrial atau dekorasi yang boleh menarik perhatian orang ramai.
Tapi, sebuah café Starbucks di Cirlces Ginza, Tokyo telah membina cade berkonsepkan pejabat. Kalau korang tengok dari reka dalaman café tersebut memang seperti berada di pejabat.
Level pertama café itu menempatkan ruang untuk memesan makanan dan minuman. Dekat level dua pula ada ruang khas untuk melakukan kerja secara kumpulan. Ruang tersebut boleh menempatkan sehingga 12 orang dalam satu masa. Bukan tu je, café itu juga menyediakan pod khas bagi mereka yang mahu bekerja sendirian.
Untuk mereka yang ada live meeting atau conference, ada tempat khas buat mereka. Tempat-tempat ini pula lebih privasi dan tidak mengganggu orang lain.
Whoaa memang best dan seronok lah. Jadi, kalau rasa bosan mengadap kekawan di office boleh lah buat kerja di sini. Yang penting, kerja jalan.
Sumber: AMANZ