Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mewakili WHO telah memberi amaran kepada negara dunia agar tidak melakukan kesilapan. Mereka menasihatkan agar tidak melonggar kawalan pergerakan walaupun banyak negara telah menyaksikan peningkatan kes sembuh koronavirus.
Menurut Tedros Adhanom Ghebreyesus, amaran tersebut dikeluakan berikutan kes sembuh menurun dengan sangat perlahan berbanding penambahan kes jangkita
“COVID-19 meningkat dengan amat pantas, (namun) ia menurun dengan perlahan. Dalam erti kata lain, angka turun adalah lebih rendah daripada angka naik,” kata Tedros, di sini, pada Isnin.
Beliau menyatakan perkara tersebut selepas terdapat beberapa negara bercadang untuk melonggar atau menamatkan kawalan pergerakan. Beliau turut menasihatkan agar negara terbabit melakukan dengan cermat dan lebih berhati-hati
"Kawalan boleh ditamatkan jika langkah melibatkan kesihatan awam diteruskan," kata Tedros.
Sumber: Astro Awani