Pakar kesihatan telah mengeluarkan kenyataan bahawa seseorang yang mempunyai masalah obesiti atau berat badan berlebihan sangatlah berisiko tinggi seandainya terkena virus COVID-19.
Profesor Jean-François Delfraissy, ketua majlis saintifik bagi menasihati kerajaan berkenaan epidemic tersebut turut menyatakan 17 juta daripada 67 juta rakyat Perancis sangatlah berisiko tinggi terhadapat COVID-19 kerana fator usia, mempunyai sejarah penyakit dan juga obesiti.
"Virus ini sangat dahsyat. Ia boleh menjangkiti orang muda, khususnya orang muda yang obes. Mereka yang berlebihan berat badan perlu berhati-hati.” Kata Delfraissy.
Jadi, kepada mereka yang ada masalah berat badan berlebihan dan obesiti kurangkan keluar rumah dan terdedah kepada orang ramai. Sering jaga kebersihan dan kesihatan supaya tidak dijangkiti wabak ini.
Sumber: Astro Awani