COVID-19: Kes Positif Seluruh Dunia Hampir Cecah 2 Juta

covid-19: kes positif seluruh dunia hampir cecah 2 juta

Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia terus berada pada tahap membimbangkan. Terbaru, setakat jam 6 pagi tadi jumlah kes positif di seluruh dunia mencecah 1.9 juta.

Dalam tempoh 24 jam, 70,000 kes baharu telah dilaporkan di seluruh dunia. Setakat ini juga lima negara telah pun menjangkaui 100,000 kes positif wabak ini.

Negara paling teruk ialah Amerika Syarikat apabila mencatatkan 572,587 kes dan berlaku 20,000 penambahan dalam masa 24 jam. Sepanyol pula berada di tangga kedua dengan 169,628 kes dan Sepanyol 159,516 kes.

United Kingdom telah melepasi angka kes positif di China apabila negara itu mencatatkan hampir 90,000 kes secara keseluruhan.

China pula melaporkan 120 kes baharu dan menjadikan jumlah kumulatif negara tersebut adalah sebanyak 83,213 kes. Jumlah tersebut menjadikan mereka berada di tangga ketujuh daripada 183 negara di dunia.

Sumber: Astro Awani