COVID-19: Kes Positif Di Seluruh Dunia Cecah 2 Juta

covid-19: kes positif di seluruh dunia cecah 2 juta

Seperti yang sudah dapat kita agak, hari ini jumlah kes positif di seluruh dunia telah pun mencecah angka 2 juta orang. Jumlah itu diukur setakat pagi hari ini.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, hampir 90,000 kes positif baharu telah dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam. Jumlah tersebut menjadikan keseluruhannya sebanyak 2.04 juta orang.

covid-19: kes positif di seluruh dunia cecah 2 juta

Lima negara mencatat angka 100,000 kes positif. Amerika Syarikat merupakan negara paling teruk apabila mencecah 630,000 kes positif COVID-19. Sepanyol pula mempunyai lebih 177,000 kes dan Perancis pula 165,000 kes.

Uish, agak merisaukan kalau dilihat kepada statistic ni. Tapi jangan risau kerana kita semua akan menang seandainya terus berada di dalam rumah.

Sumber: Astro Awani