COVID-19: Kes Positif Baharu Kekal Empat Angka, Lapan Kematian Baharu Direkodkan

covid-19: kes positif baharu kekal empat angka, lapan kematian baharu direkodkan

Dua hari berturut-turut kes positif baharu mencecah angka 1000. Untuk hari semalam terdapat penambahan sebanyak 1,032 kes. Secara kumulatifnya sudah terdapat 35,425 kes positif di negara kita.

Selain itu, jumlah kematian turut bertambah apabila lapan kes kematian dilaporkan. Secara keseluruhannya terdapat 271 kes kematian akibat pandemik ini.

Kes sembuh pula adalah sebanyak 820 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 24,815.

Sama-sama lah kita doakan semoga kes COVID-19 di Malaysia selesai dengan segera.