COVID-19: Amerika Syarikat Dominasi Jumlah Kes Positif Dan Kematian Tertinggi

covid-19: amerika syarikat dominasi jumlah kes positif dan kematian tertinggi

Penularan wabak COVID-19 semakin meruncing di seluruh dunia. Berdasarkan statistic yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), jumlah kes positif COVID-19 sudah melepasi 1.7 juta kes dengan 108,807 kes kematian.

Amerika Syarikat merupakan negara paling teruk apabila kes positif mencecah 529,740 kes dengan 20,602 kes kematian. Sepanyol pula berada di tangga kedua berdasarkan jumlah kes positif iaitu sebanyak 163,027 kes dengan 16,606 kes kematian.

Itali pula berada di tangga kedua berdasarkan jumlah kes kematian iaitu sebanyak 19,468 kes. Manakala jumlah ke positif di negara tersebut adalah sebanyak 152,271 kes.

China, negara di mana wabak ini mula muncul berada di tangga keenam. Jumlah kes positif di negara tersebut berjumlah 83,014 kes dan kes kematian sebanyak 3,343 kes.

Berdasarkan statistic tu juga, 403,016 kes telah bejaya sembuh dan telah diselesaikan. Data ini melibatkan 184 negara di dunia.