Berikutan peningkatan kes COVID-19 di Thailand, pihak berkuasa di negara terbabit bertindak menjadikan dua bot pelancongan di Yala, selatan Thailand sebagai hospital medan bagi menempatkan pesakit COVID-19.
Terang Pengarah Hospital Than Ho, Dr Mazlan Talib, lonjakan kes COVID-19 di Yala telah mengakibatkan kekurangan katil di kebanyakan hospital yang terletak di kawasan itu.
Tambahnya lagi, Hospital Than Ho berkeputusan menyewa dua bot pelancongan di Empangan Bang Lang di Yala, bertujuan untuk menempatkan pesakit COVID-19 yang sembuh dan perlu menjalani pemerhatian di hospital.
“Sebuah rumah bot boleh menempatkan 20 katil untuk pesakit COVID-19 yang perlu menjalani pemerhatian selama tujuh hati,” katanya kepada agensi berita tempatan.
Menurutnya lagi, di rumah bot terbabit, pelbagai kemudahan asas berserta pegawai perubatan turut ditempatkan bagi memantau keadaan kesihatan pesakit COVID-19.
Sumber: [1]