COVID-19 Terus Mengamuk! Hampir 38.4 Juta Kes Positif, Kes Kematian Lebih 1.08 Juta Kes

covid-19 terus mengamuk! hampir 38.4 juta kes positif covid-19, kes kematian lebih 1.08 juta kes

Virus COVID-19 memang telah menawan dunia. Secara kumulatifnya, kes positif telah menghampiri 38.4 juta kes di seluruh dunia. Perghh!

Bukan itu sahaja, virus ini juga telah mengambil lebih 1.08 juta nyawa di seluruh dunia.

Menurut data daripada Johns Hopkins University, Amerika Syarikat terus menjadi negara paling banyak kes jangkitan dengan 7.9 juta kes. Kemudian, India pula mencatatkan 7.2 juta kes dan Brazil telah melaporkan lebih 5 juta kes positif.

Rekod kematian tertinggi turut menyaksikan Amerika Syarikat menjadi negara paling banyak kematian akibat virus ini dengan 216,000 kes. Brazil pula menjadi negara kedua tertinggi dengan 151,000 kes.

Angka-angka yang dipaparkan ni sangat besarkan. Negara kita juga menunjukkan peningkatan angka positif yang sangat besar apabila dua hari berturut-turut kes positif mencecah lebih 600 kes.

Bagaimanapun, semua ini dapat diatasi sekiranya kita terus patuh kepada SOP, amalkan norma baharu dan jaga penjarakan fizikal. Pakai pelitup separuh muka sekiranya berada di luar rumah, cuci tangan selalu dan amalkan kebersihan pada tahap maksimum.

Sumber: Astro Awani