COVID-19: Nilai R-Naught Negara Naik Sekali Lagi, 1.15

Kadar kebolehjangkitan R-naught COVID-19 di Malaysia merekodkan peningkatan sebanyak 0.1.

covid-19: nilai r-naught negara naik sekali lagi, 1.15

Nilai terbabit dikatakan meningkat daripada 1.15 pada Jumaat lalu berbanding 1.14 pada Khamis. Kesemua negeri dan wilayah di Malaysia dilaporkan mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0 kecuali Perlis dan Labuan.

Negeri yang merekodkan nilai R-naught tertinggi ialah Melaka dengan 1.32, diikuti Sabah, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kedah. Seterusnya, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak.

Dalam pada itu, Perlis dan Labuan yang terkecuali daripada merekodkan kadar kebolehjangkitan setinggi itu, dilaporkan merekodkan lapan dan enam kes baru COVID-19 masing-masing.

Terdahulu, kali terakhir Malaysia mencatatkan kadar kebolehjangkitan terendah sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 13 Januari adalah pada 3 Mac lalu dengan 0.81.

Nilai R-naught merupakan rujukan kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti menerusi satu kes positif.

 

Sumber: [1]