COVID-19: Krisis Varian Delta, KKM Jangka Kes Akan Terus Meningkat Untuk Dua Minggu Seterusnya

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletak jangkaan bahawa jumlah kes harian COVID-19 akan terus meningkat dalam tempoh satu hingga dua minggu ini sebelum keadaan kembali reda.

covid-19: krisis varian delta, kkm jangka kes akan terus meningkat untuk dua minggu seterusnya

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan jangkaan peningkatan itu adalah berikutan peningkatan kes varian yang membimbangkan (VOD) dan ia termasuklah varian Delta yang mudah merebak.

“Kita dimaklumkan varian Delta adalah dominan. Sebelum ini Beta yang merebak ke seluruh negara...setiap negeri ada terkesan, ada varian Beta. Tapi varian Delta ini merebak dengan cepat sekali.

“Kementerian telah mengunjurkan peningkatan kes bermula 3 Julai. Ini sudah memasuki seminggu, dan kita jangkakan ia akan terus meningkat dalam tempoh seminggu, dua, sebelum kembali stabil,” terang beliau.

Menurutnya lagi, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institusi Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengenal pasti sebanyak 76 kes varian baru virus SARS-CoV-2.

13 Julai lalu, Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi untuk kali pertamanya sejak wabak tersebut melanda negara tahun lalu, iaitu sebanyak 11,079 kes.

Selangor kekal menjadi negeri yang merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 5,262 diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,521 dan Negeri Sembilan sebanyak 1,033.

 

Sumber: [1]