COVID-19: Jepun Pergiat Program Vaksinasi Di Tempat Kerja & Universiti

Tatkala hampir seluruh dunia sedang giat menjalankan proses vaksinasi terhadap populasi mereka, Jepun baru-baru ini, dikhabarkan akan memulakan program vaksinasi di tempat kerja dan universiti.

covid-19: jepun pergiat program vaksinasi di tempat kerja & universiti

Program tersebut dijangka akan mula diadakan pada 21 Jun ini, bertujuan meningkatkan program vaksinasi negara.

Menurut Setiausaha Kabinet Jepun, Katsunobu Kato, vaksin yang akan digunakan untuk fasa terbabit adalah vaksin Moderna.

Biarpun negara matahari terbit itu merupakan antara negara kaya di dunia, namun isu tercetus apabila ia mencatatkan kadar vaksinasi yang agak perlahan.

Lebih membimbangkan, negara itu juga bakal menjadi penganjur Olimpik Tokyo yang akan dijangka berlangsung pada Julai bulan hadapan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Yoshihide Suga meletakkan sasaran untuk mencapai kadar vaksinasi sebanyak 36 juta warga emas menjelang akhir Julai.

Namun, setakat ini, keseluruhan negara yang mempunyai populasi sekitar 125.36 juta itu baru mencatatkan 2.5% kadar vaksinasi.

Setakat ini, Jepun telah mencatatkan 749,828 kes positif COVID-19 dengan 13,107 kematian.

 

Sumber: [1]