COVID-19: Angka Korban COVID-19 Di India Lepasi 400,000

Jumlah kes kematian akibat COVID-19 di India dilaporkan mencecah 400,000 setakat Jumaat lalu.

covid-19: angka korban covid-19 di india lepasi 400,000

Perkara tersebut didedahkan oleh Kementerian Kesihatan negara terbabit.

Terdahulu, negara itu mencatatkan kematian sebanyak 853 orang hingga menjadikan angka korban COVID-19 sebanyak 400,312.

Dalam pada itu, 46,617 kes COVID-19 baru direkodkan sejak pagi Khamis lagi sekali gus menjadikan jumlah kes sebanyak 30,458,251, dengan kes aktif 509,637.

 

Sumber: [1]