COVID-19: 90 Kilang Diarah Tutup Dalam Tempoh Total Lockdown

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan dari 1 hingga 14 Jun lalu, sebanyak 90 buah kilang dilaporkan telah diarahkan tutup menerusi operasi pematuhan dalam tempoh total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

covid-19: 90 kilang diarah tutup dalam tempoh total lockdown

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, secara keseluruhannya, sebanyak 24,834 kilang dan premis perniagaan telah diperiksa sejak 14 Januari lalu.

“Sehingga kini, (secara keseluruhan) 143 kilang dan 17 premis bukan kilang telah diarahkan tutup (sejak 14 Januari 2021).

“Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak 13 Mei 2020 telah melaksanakan sebanyak 597,252 pemeriksaan dan telah mengeluarkan sebanyak 414 kompaun,” jelasnya.

Sebagai tambahan, sebanyak 1,428 pemeriksaan pematuhan harian telah dilaksanakan pada 15 Jun.

Susulan itu, sebanyak 22 kompaun telah dikeluarkan ke atas premis-premis perniagaan yang tidak patuh akan prosedur operasi standard (SOP) PKP.

 

Sumber: [1]