COVID-19: 20 IPTA Kurangkan Bayaran Yuran Hingga 35%

Susulan ramai pelajar yang dilaporkan terjejas akibat masalah kewangan ketika musim pandemik, Universiti Awam mengambil langkah untuk mengurangkan beberapa jenis yuran, bermula Semester Kedua Sesi Akademik 2019/20 sehingga hari ini.

covid-19: 20 ipta kurangkan bayaran yuran hingga 35%

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan, antara jenis yuran yang dikurangkan termasuklah Yuran Perkhidmatan, Yuran Asrama, Yuran Konvokesyen dan Yuran Aktiviti Kolej, dengan purata antara 10% hingga 35%.

Tambah Kementerian lagi, kadar pengurangan tersebut adalah munasabah berikutan 20 Universiti Awam yang terlibat terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi.

“Pengurangan yuran bagi Semester Kedua Sesi Akademik 2019/2020 untuk semua pelajar warganegara Malaysia melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta yang mana RM20 juta merupakan peruntukan tambahan Kerajaan dan RM55 juta menggunakan sumber dalaman UA.
“Bagi Semester Pertama Sesi Akademik 2020/2021, pengurangan yuran sebanyak RM70.2 juta diberikan oleh Universiti Awam. Manakala, bagi Sesi Kedua Sesi Akademik 2020/2021 pula pengurangan sebanyak RM40.5 juta telah diberikan,” tambah KPT.

Lanjut Kementerian lagi, kesemua langkah tersebut mencerminkan keprihatinan Kerajaan dalam menangani bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung para pelajar dan ibu bapa.

 

Sumber: [1]