CEO Pfizer menerusi satu ucapannya baru-baru ini mencadangkan agar suntikan vaksin COVID-19 dibuat secara tahunan sebagai usaha mengekang penularan wabak berkenaan.
Menurut beliau, ia adalah lebih baik jika dibandingkan dengan pemberian suntikan booster yang diambil secara berkala dalam tempoh singkat.
“Pengambilan booster dalam tempoh empat hingga bulan bukanlah situasi yang baik. Saya mengharapkan sekiranya kita hanya perlu mengambil vaksin setahun sekali sekaligus memudahkan orang ramai.
"Pihak kami sedang membangunkan vaksin yang mampu melawan varian Omicron dan juga beberapa varian sebelum ini secara serentak,” demikian menurut Albert Bourla dalam satu kenyataannya.
Dalam laporan lain, vaksin Pfizer dikatakan mampu memberi perlindungan sehingga 90% kepada varian Omicron dan ia akan ditawarkan kepada dunia seawal Mac depan.
Varian Omicron kini telah meningkatkan kembali kes COVID-19 di beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat. Antara sebab ramai dijangkiti semula adalah kadar imuniti badan terhadap wabak itu yang sudahpun mulai menurun.
Sumber: [1]