“Kalau ada seseorang perlu mati, orang itu adalah saya”- Budak Lelaki Selamatkan Adik Perempuan Dari Digigit Anjing

“kalau ada seseorang perlu mati, orang itu adalah saya”- budak lelaki selamatkan adik perempuan dari digigit anjing

Baru-baru ini, seorang hero berusia enam tahun, Bridger Walker telah membuktikan bahawa menjadi abang itu seharusnya melindungi adik beradik dan ahli keluarga daripada malapetaka.

Alkisahnya bermula apabila adik perempuannya diserang oleh seekor anjing. Melihat kepada keadaan itu, Bridger terus berlari dan berdiri mendekati adiknya sambil cuba menghalang anjing tersebut. Bagaimanapun, Bridger telah digigit beberapa kali pada muka dan kepalanya. Kemudian, Bridger terus menarik tangan adiknya dan terus berlari untuk menyelamatkan adiknya.

Biarpun Bridger menerima 90 jahitan, namun kata-katanya membuatkan orang ramai tersentuh hati.

“Kalau ada seseorang perlu mati, orang itu adalah saya”- Kata Bridger yang kini berehat di rumah.

Kisahnya telah dikongsi oleh mak cik beliau melalui akaun Instagram dan telah mendapat perhatian ramai.

Ramai selebriti yang menghubungi Bridger dan memberi kata-kata semangat serta bangga dengan tindakannya sebagai seorang abang.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

There are no words. We are so, so thankful.

A post shared by Nikki Walker (@nicolenoelwalker) on

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

When dreams come true.

A post shared by Nikki Walker (@nicolenoelwalker) on

 

Sumber: Instagram Nicolenoelwalker