Bayangkan setiap kali sebelum korang nak melelapkan mata, tiba-tiba muncul seorang perempuan yang pelik dan menakutkan.dalam fikiran. Lepas tu korang takut nak buka mata.
Seorang kanak-kanak yang baru diajar untuk tidur sendiri telah menceritakan bahawa setiap malam sebelum tidur, dia akan ternampak seorang perempuan yang menakutkan di dalam biliknya.
Budak lelaki tersebut menceritakan bahawa perempuan tersebut telah memintanya akan perkara-perkara pelik dan menakutkan.
Nenek budak lelaki tersebut telah menulis pada ruangan kolum slates.com. Beliau meminta cadangan daripada orang ramai bagaimana dia harus lakukan untuk membantu cucunya yang berusia 2 tahun setengah itu.
“Dia bangun dalam keadaan sedih sebab ada seorang perempuan yang menakutkan di dalam biliknya.”
“Apabila ditanya sama ada perempuan tersebut bercakap dengannya atau tidak, cucu saya menjawab perempuan itu perlu mendapatkan sesuatu dari biliknya dan dia mahu meletakkan sesuatu pada kakinya.” Tulis nenek tersebut.
Weh, scarynya! Kalau korang jadi macam ni, apa yang korang lakukan?
Sumber: METRO