Budak Berusia 5 Tahun Curi Pandu Kereta Ibu Untuk Beli Lamborghini

budak berusia 5 tahun curi pandu kereta ibu untuk beli lamborghini

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun nekad mencuri pandu kereta ibunya untuk membeli kereta Lamborghini.

Menurut pihak polis, pada awalnya mereka menyangka pemandu kereta tersebut seorang pemandu kurang upaya (OKU). Namun, selepas mereka menahan kereta tersebut, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati seorang kanak-kanak lelaki yang memandu kereta tersebut.

Apabila mereka bertanya budak lelaki itu, beliau berkata bahawa dia sedang dalam perjelanan ke California yang berjarak 800 batu dari kawasan tersebut untuk membeli Lamborghini. Dia mengambil keputusan untuk memandu kereta tersebut selepas berbalah dengan ibunya yang tidak mahu membelikan kereta mewah itu.

Selepas menjalankan siasatan, pihak polis menemui AS$3 di dalam dompet kanak-kanak terbabit.

Sumber: METRO