Bruno Fernandes Tepati Janji!

bruno fernandes tepati janji!

Bruno Fernandes jaringkan 2 gol untuk bantu Manchester United benam Istanbul  Basaksehir 4-1 pada aksi Liga Juara-Juara.

Boleh dikatakan dendam United terbalas selepas tewas 1-2 kepada pasukan sama sebelum ini.

Kemenangan itu juga membolehkan United kekal mendahului saingan kumpulan H dengan 9 mata.

3 mata mendahului PSG dan RB Leipzig, masing-masing di tempat ke-2 dan ke-3.

Rasanya ramai yang tahu tugas mengambil sepakan penalti di United diberikan kepada Fernandes kan?

Haa, ni yang nak cerita ni.

Fernandes dah jaringkan 2 gol sebelum United dihadiahkan sepakan penalti pada peralwanan tersebut.

Jadi, secara logiknya dia berpeluang la untuk jaringkan hatrik pertamanya untuk United.

bruno fernandes tepati janji!

Tapi Marcus Rashford pulak yang ambil sepakan penalti tersebut dan menjaringkan gol.

Fernandes kemudian menjelaskan tindakannya tersebut.

Katanya, sebelum itu dia telah berjanji untuk benarkan Rashford mengambil sepakan penalti untuk membolehkan penyerang itu mencetak nama sebagai penjaring.

Tambah Fernandes, menjaringkan hatrik tak sepenting kemenangan untuk pasukannya.

Dah lah power main bola, baik hati, tepati janji pulak tu.

Padu lah Fernandes!

Oleh: Karami Kamel