Britney Spears 'Serang' Adik Sendiri Kerana Talam Dua Muka

Tatkala dunia hiburan masih lagi dikejutkan dengan kontroversi yang melanda Britney Spears dan ayahnya mengenai konservatori, baru-baru ini, penyanyi Amerika Syarikat itu tampil mengakui kepada lebih 30 juta pengikut Instagramnya, bahawa dirinya kecewa dengan adik sendiri iaitu Jamie Lynn Spears.

britney spears 'serang' adik sendiri kerana talam dua muka

Menurut Britney menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya, sistem sokongan yang merupakan keluarganya itu menyakitkan dirinya sendiri selama ini.

Tulisnya, “Bagi anda yang memilih untuk mengkritik video tarian saya...lihatlah, saya tidak akan tampil di panggung dalam masa terdekat tambahan lagi dengan ayah saya mengendalikan semua yang saya pakai, katakan, lakukan atau fikirkan.

“Saya telah melakukannya sejak 13 tahun yang lalu...saya lebih suka berkongsi video menari dari ruang tamu dan bukannya di atas pentas di Vegas.”

Lanjutnya lagi, “Saya tidak akan memakai alat solek yang berlebihan dan mencuba di atas pentas lagi selain tidak dapat tahan dengan lagu-lagu saya sendiri yang tukar kepada versi remix dan merayu untuk memasukkan muzik baru saya dalam pertunjukan demi peminat saya. Jadi saya berhenti!!!”

Dalam entri yang sama itu, Britney turut menjelaskan mengenai kekecewaan terhadap adik perempuannya, Jamie Lynn.

“Saya tidak suka adik saya muncul di pertunjukan anugerah dan mempersembahkan lagu saya untuk remix!!!” ujar Britney, merujuk kepada persembahan medley lagu-lagu hits miliknya yang pernah dipersembahkan Jamie Lynn Spears dalam satu anugerah pada 2017.

“Sistem sokongan saya sangat menyakitkan!”

Tambahnya lagi, konservatori yang dikendalikan ayahnya itu telah ‘membunuh impiannya’ hampir lebih sedekad.

“Yang saya ada hanyalah harapan dan harapan adalah satu-satunya perkara di dunia ini yang sangat sukar untuk dibunuh, namun mereka masih mencuba.

“Saya tidak suka cara kesemua dokumentari itu memaparkan detik-detik memalukan dari masa lalu... Saya telah melepasi semua itu dan ia sudah lama,” luahnya.

“Seperti yang saya katakan, harapan adalah satu-satunya yang saya punya sekarang,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Britney memuat naik satu entri berasingan di Instagram yang berbunyi “Jangan pernah lupa siapa yang mengabaikan anda ketika anda memerlukan mereka dan siapa yang menolong anda sebelum anda sempat bertanya.”

Biarpun penyanyi itu tidak memetik mana-mana nama, namun ramai pengikut penyanyi tersebut yang mengandaikan bahawa entri itu ditujukan kepada adik perempuannya, Jamie Lynn.

 

Sumber: [1]