Kanak - kanak sememang sering menimbulkan masalah. Lumrah sebaga seorang kanak - kanak dan remaja suka mencuba dan belajar benda baru.
Terbaru, seorang budak - budak lelaki berusia 13 tahun dari Huzhou telah merampas dua pesawat dan memandu di sekitar landasan.
Namun begitu, budak lelaki tersebut berjaya ditangkap apabila rancangannya merampas pesawat tersebut separuh gagal.
Budak tersebut terdorong untuk memandu pesawat terbabit ketika menyaksikan juruterbang melakukan pembaikan dan menghafal cara pesawat tersebut dihidupkan.
Dia memutuskan untuk pergi semula ke tempat tersebut ketika hari sudah gelap. Kanak - kanak lelaki tersebut cuba mengheret pesawat berkenaan ke landasan tapi rancanganya tidak berjalan dengan baik kerana tanpa sengaja telah merempuh penjaga pintu.
Polis menggunakan rakaman keselamatan untuk dijadikan bahan bukti. Keluarga budak tersebut dikenakan denda kecil sebagai kos merawat pesawat yang sudah rosak.
Namun begitu, kanak - kanak tersebut menerima rasa kagum daripada juru terbang kerana berjaya menggerakkan pesawat terbabit tanpa mengikuti apa - apa latihan.
"Kami juruterbang semua mengagumi dia," kata pengarah lapangan terbang kepada South China Morning Post.
Pengarah lapangan terbang dan ingin menjadi mentor untuk kanak - kanak tersebut supaya dia boleh menjadi juruterbang yang disahkan suatu hari nanti.
Kredit South China Morning Post.