Bintang Crazy Rich Asians, Henry Goulding Timang Cahaya Mata Pertama

Bintang Crazy Rich Asians, Henry Goulding timang cahaya mata pertamanya bersama pasangan Liv Lo.

bintang crazy rich asians, henry goulding timang cahaya mata pertama

Menerusi satu entri di Instagram yang berupa foto hitam putih, tulis Henry, “Wanita ini. Menjangkaui segala yang pernah saya bayangkan.

“Kekuatan anda memberi kami kegembiraan terbesar kami. Terima kasih, saya mencintai awak.”

Pasangan tersebut mengikat tali perkahwinan mereka pada 20 Ogos 2016 di sebuah resort yang terletak di Sarawak.

Terdahulu, Henry yang melakukan debut Hollywoodnya menerusi filem box office Crazy Rich Asians, pernah berkongsi bersama satu outlet media antarabangsa mengenai pasangan tercintanya.

Luahnya, “Isteri saya adalah wanita terbaik di seluruh alam semesta.

“Dia sangat kuat, dia sangat setia, berdikari. Saya tidak akan dapat melakukannya tanpa dia, jadi ia terasa bagus kerana dapat memperoleh kejayaan ini, tetapi juga, dapat berkongsi dengan dia.”

 

Sumber: [1]