Billionaire Jepun Tengah Cari Pasangan Hidup Dan Mahu Bawa Mengelilingi Bulan

billionaire jepun tengah cari pasangan hidup dan mahu bawa mengelilingi bulan

Yusaku Maezawa merupakan seorang billionaire dari Jepun. Sekarang ni dia tengah mencari teman wanita untuk menemani perjalanannya mengelilingi bulan dan akan direkod untuk dijadikan program berkonsepkan dokumentari.

Menurut laporan Reuters, Yusaku merupakan seorang businessman fesyen dan kini berusia 44 tahun. Buat masa ini, beliau sedang mencari wanita yang berusia 20 tahun ke atas.

"Perasaan sepi dan kosong menguasai saya, jadi ada satu perkara yang saya fikirkan, iaitu mencintai seorang wanita," tulis Maezawa di laman webnya.

"Saya ingin mencari pasangan untuk masa depan saya, saya ingin laungkan cinta kami dan kedamaian dunia dari ruang angkasa,"

Maezawa dikatakan akan terbang mengelilingi bulan pada 2023. Beliau akan menggunakan pesawat angkasa SpaceX milik Elon Musk.

Jadi, kalau korang nak cuba korang kernalah berminat untuk jelajah ruang angkasa dan bersedia untuk mengambil bahagian dalam persiapannya.

.Sumber: Astro Awani