Billie Eilish Memecah Rekod Di Malam Grammys

Walaupun suasana pada malam tersebut bermula dalam keadaan yang sedih atas pemergian pemain lagenda bola keranjang kumpulan Lakers, Kobe Bryant dan anaknya Gianna Maria-Onore Bryant yang maut dalam helikopter di California.

billie eilish memecah rekod di malam grammys

Ramai artis yang memberi penghormatan kepadanya seperti Alicia Keys, Boyz II Men, DJ Khaled dan John Legend.

billie eilish memecah rekod di malam grammys

Namun, malam Grammys disambut dengan penuh meriah sekali terutamanya bagi penyanyi Billie Eilish yang merupakan kali pertama menghadiri malam Grammys.

Billie Eilish membawa pulang lima trofi pada malam tersebut untuk kategori Best New Artist, Record of the Year, Album of the Year, Song of the Year dan Best Vocal Pop Album.

billie eilish memecah rekod di malam grammys

Billie Eilish yang baru sahaja berumur 18 tahun memecah rekod sebagai penyanyi solo termuda yang pernah memenangi Album of the Year, rekod tersebut sebelum ini dipegangi oleh Taylor Swift yang memenangi album terbaik pada usia 20 tahun dengan albumnya “Fearless”.

billie eilish memecah rekod di malam grammys

Billie yang mengerjakan lagunya bad guy yang menjadi satu fenomena dan album tersebut bersama abangnya, Finneas O’Connell mendapat penghormatan yang terbaik pada malam tersebut.

billie eilish memecah rekod di malam grammys

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FINNEAS (@finneas) on

Sumber: CNN Entertainment