Biar Betul! JYP Dedah Satu Kumpulan K-Pop Perlukan Lebih RM5 Juta Untuk Debut

Pernah tak korang tertanya-tanya berapakah kos yang diperlukan untuk debut satu kumpulan K-Pop?

biar betul! jyp dedah satu kumpulan k-pop perlukan lebih rm5 juta untuk debut

Kalau ya, teruskan membaca kerana kali ni SYOK ingin berkongsi dengan korang berapa jumlahnya!

Memetik laporan Koreaboo, menurut statistik yang didedahkan JYP Entertainment, kos yang diperlukan untuk melatih kumpulan K-Pop baru mampu menelan belanja hingga AS$ 786,000 (RM3,308,667)! Bagaimanapun, jumlah tersebut hanyalah berdasarkan kumpulan lelaki yang terdiri daripada lima orang ahli secara hipotesisnya.

Sekiranya setiap ahli berlatih selama tiga tahun, ia akan dikenakan biaya oleh JYP Entertainment antara AS$ 611,000 (RM 2,572,004) dan AS$ 786,000 (RM3,308,667).

Itu baru kos untuk latihannya sahaja. Jika dibicarakan mengenai pembikinan album mini pula, menurut laporan sama, tiga buah lagu dianggarkan berharga AS$ 23,600 (RM96,818) sementara satu video muzik pula mampu mencecah AS$ 131,000 (RM 551,444).

Sekiranya syarikat tersebut mengeluarkan video muzik untuk separuh daripada sebuah album mini yang mempunyai enam buah lagu, harganya mampu menelan hingga AS$ 393,000 (RM1,654,333), ditambah pula dengan kos penggambaran jaket album yang bernilai kira-kira AS$ 17,500 (RM736,662).

Kos tersebut tidak terhenti di situ sahaja. Selesai sahaja pembikinan album dan penggambaran video muzik, proses tersebut akan beralih pula kepada aktiviti mempromosikan kemunculan semula kumpulan menerusi siaran muzik yang memakan kos kira-kira AS$ 437,000 (RM1,839,551).

Harga terbabit merangkumi nilai yang perlu dibayar untuk koreografi, penari sandaran, pakaian penyanyi (selama enam minggu promosi untuk empat pertunjukan muzik seminggu), solekan pentas, dan lain-lain faktor.

Bayangkan, sekiranya digabungkan kesemua jumlah terbabit, jumlahnya mencecah lebih RM5,526,695.

Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa jumlah yang disebut hanyalah anggaran semata-mata.

 

Sumber: [1]