Biar Betul? Anak Kucing Ada Empat Telinga

Pernah tak korang terbayangkan anak kucing bertelinga empat?

biar betul? anak kucing ada empat telinga

Seekor anak kucing dari Turki ini memiliki empat telinga dan menjadi popular di Instagram dengan puluhan ribu peminat selepas pemilik haiwan itu membuka akaunnya di laman sosial tersebut sejak tiga minggu lalu.

Kongsi pemiliknya, Canis Dosemeci, anak kucing bertelinga empat itu bernama Midas dan dia kini mempunyai lebih dari 19,000 pengikut di laman sosial tersebut.

Midas berusia empat bulan dan berwarna hitam. Ia dikatakan memiliki empat telinga ekoran masalah mutasi genetik.

Kebiasaannya, Midas akan menghabiskan masanya dengan bermain bersama dua ekor anjing Labrador milik keluarga Dosemeci yang amat menyayanginya dan tidak pernah bergaduh sesama sendiri sepanjang tinggal di rumah wanita itu.

Ibu Midas difahamkan adalah kucing jalanan dan ia melahirkan anak kucing tersebut bersama enam lagi anak di sebuah taman milik seorang rakan wanita berkenaan.

Dosemeci kemudian mengambil Midas dan menjaganya.

Kongsi Dosemeci, walaupun Midas kelihatan sihat, tetapi ia akan menjalani pemeriksaan bagi memastikan tidak ada lagi mutasi genetik yang terdapat pada tubuhnya.

 

Sumber: [1]