Betul Ke Makan Pedas Boleh Menguruskan Badan?

betul ke makan pedas boleh menguruskan badan?

Rakyat Malaysia memang sukakan makanan pedas contohnya sambal belacan, sambal giling dan masak lemak cili api. Macam-macam petua untuk hilangkan pedas, minum air panas la minum susu dan sebagainya. Tapi betul ke makan pedas boleh membakar lemak?

Zaman sekarang memang terkenal dengan pelbagai makan pedas seperti ayam geprek, Korean spicy chicken dan banyak lagi. Rasa pedas sangat sinonim dengan penggunaan cili dan cili mempunyai bahan aktif yang dipanggil Capsaicn. Capsaicn berfungsi meningkatkan kadar degupan jantung, meningkatkan kadar metabolism, meningkatkan pengeluaran hormone dan tenaga. That’s why kalau kita makan makanan yang pedas kita akan berasa panas dan berpeluh.

Kajian mengatakan kesan capsaicn meningkatkan pegeluaran tenaga dan secara langsung membakar lemak tetapi hanya dalam jumlah yang kecil. Walaubagaimanapun pembakaran lemak hanya efektif melalui aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal seperti bersenam sangat penting dalam kehidupan manusia. Yang tak tahan pedas tu jangan la pergi makan makanan yang pedas semata mata nak kurus. Jangan malas untuk bersenam.

Oleh : Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita