Ramai kan yang dah daftar haji? Samalah. Ada tu yang dah siap-siap daftarkan anak-anak dari kecik sambil buat tabungan kat Tabung Haji. Semua pun tau giliran menunaikan haji semakin lama semakin panjang…sebab yang beratur menunggu pun lama dan ramai. Bertahun-tahun! Berpuluh tahun pun ada! Kouta haji untuk Jemaah Malaysia pulak sekarang 31,600 bersamaan lebih kurang 0.1 peratus jumlah penduduk. Ya memang sikit, sebab kita pun faham negara lain pun rakyatnya nak jugak menunaikan ibadat ni. Musim haji pun tak lama. Proses naik taraf kemudahan dan tempat ibadat di Mekah dan Madinah pun masih berlangsung. Tambah pulak musim pandemik COVID-19 ni, jadi semuanya kena dipertimbangkan.
Tapi kan baru-baru ni ada khabar gembira dari Tanah Suci. Lawatan rasmi Perdana Menteri atas jemputan kerajaan Arab Saudi membawa khabar positif. Tan Sri Muhyiddin Yassin umum Arab Saudi dah setuju tambah kuota jemaah haji Malaysia seramai 10,000 lagi! Alhamdulillah.
Menurut Tan Sri Muhyiddin, kuota itu akan dinaikkan bila situasi haji normal semula lepas pandemik COVID-19 reda nanti. Lega mendengarnya. Mana tau kan kalau ada rezeki ibadat haji dibenarkan untuk musim ni dan kitalah yang terpilih jadi tetamu Allah. Oh syahdunya. Sebak.
Oleh: KJ
Foto: BERNAMA