Berhenti Kerja Sebagai Pengarang, Lelaki Ini Tawar Perkhidmatan Menjadi Kawan

berhenti kerja sebagai pengarang, lelaki ini tawar perkhidmatan menjadi kawan

Seorang lelaki berusia 37 tahun, Shoji Morimoto telah nekad untuk berhenti kerja dan menawarkan perkhidmatan sebagai rakan. Beliau menawarkan perkhidmatan untuk teman makan, minum dan bersia-siar.

Kerjaya tersebut membuatnya menjadi popular sehinggakan meraih 270,000 pengikut di Twitter. Berdasarkan portal Odditycentral, beliau memberitahu pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatannya hanya untuk makan, minum dan bersiar-siar sahaja.

Beliau merupakan seorang pelajar dalam bidang fizik dari Universiti Osaka dan juga merupakan seorang model.

Sebelum ini, beliau ditawarkan kerja sebagai seorang pengarang dalam syarikat penerbitan. Bagaimanapun, dia memilih untuk berhenti selepas tiga tahun dan memulakan kerjaya barunya ini.

Sumber: Harian Metro