Berehatlah Sandra, Terima Kasih Untuk Segalanya!

berehatlah sandra, terima kasih untuk segalanya!

Salah seorang bintang Big Stage, Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Berdasarkan wakil syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd, Sandra telah meninggal dunia di Hospital Putrajaya sekitar jam 1 pagi selepas seminggu tidak menyedarkan diri.

Sandra terlibat di dalam kemalangan ketika beliau dalam perjalanan untuk ke full rehearsal rancangan reality yang sedang dimasukinya itu.

Sandra merupakan seorang penyanyi berbakat kelahiran Sabah. Beliau terkenal dengan lagu Hey Kau!, Aku dan Kekasih dan Terkemuka.

Beberapa orang selebriti dan teman seperjuangan Big Stage turut merakamkan ucapan takziah di atas pemergian rakan mereka itu.

Terima kasih untuk segalanya Sandra dan berehatlah dengan tenang di sana!