Benci Bertukar Cinta, Kisah Wanita Indonesia Yang Kahwin Dengan 'Musuh Tegar' Sendiri

Jodoh itu sememangnya suatu misteri.

benci bertukar cinta, kisah wanita indonesia yang kahwin dengan 'musuh tegar' sendiri

Sama seperti cerita pasangan pengantin baru dari Indonesia ini yang mana mereka bermula sebagai rakan sekelas yang memusuhi antara satu sama lain sebelum akhirnya berada di jinjang pelamin bersama.

Kisah tersebut dikongsikan di TikTok menerusi akaun milik Rifa Azizah Maizan, iaitu @/byrifa yang mana ia telah mengumpulkan lebih dari 3 juta tontonan dengan ribuan komen yang rata-ratanya tertarik pada perjalanan mereka sebagai pasangan.

Coret wanita tersebut, “Saya minta maaf kerana pernah buat hal, rakan sekelas. Momen janggal kembali serius. Kerana benci, sudah menjadi suami saya sekarang.”

Dalam video tersebut, jelas kelihatan pasangan pengantin itu mengenakan baju sedondon sambil berjalan beringingan antara satu sama lain.

Ketika ditemu ramah media tempatan, Rifa membuka dengan lebih lanjut mengenai kisah cintanya itu.

Menurutnya, pada 2012 hingga awal 2013, dia dan suaminya, Aryo Adi Prabowo pernah membenci antara satu sama lain.

“Saya benci dengan sikap dan penampilan suami saya ketika itu. Jadi suami saya adalah kawan kepada kawan baik saya, Ryka namanya. Mereka adalah pasukan bola keranjang. Pada mulanya, Ryka yang memperkenalkan saya kepada Aryo,” kongsi Rifa.

Wanita yang berasal dari Jawa Barat itu mengaku bahawa dia pernah pergi berdoa supaya dipertemukan dengan jodohnya ketika menunaikan umrah.

“MasyaAllah, doa saya telah dimakbulkan Allah. Tepat dua tahun kemudian, awal 2019, ayah saya bertanya bila dan dengan siapa. Ketika itu saya menghubungi Aryo dan Alhamdulillah, dia sudi,” kata Rifa dengan senyuman.

Pada Ogos 2019, Aryo akhirnya datang bersama keluarga untuk berkenalan dengan keluarga Rifa.

“Dan Alhamdulillah, pada 29 Februari 2020, sebulan sebelum hari lahir saya yang ke-23, saya sah menjadi isterinya,” katanya.

Betul la kata orang tua-tua kan? Kalau dah jodoh, memang tak ke mana!

 

@byrifa Konten sekalian iklan🙏🏻 Gaun ini aku sewa dgn harga murah (lokasi jabodetabek). Detailnya bisa cek di highlight IG: rifaamaizan ya 🥰 #fypシ #fyp ♬ Oh No - Kreepa

 

 

Sumber: [1]