Belum Keluar Lagi, Keselamatan Anak Shah Rukh Khan Di Penjara Diperketat

Berikutan penglibatannya dalam kes penggunaan dadah, anak kepada Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan masih lagi ditahan pihak polis.

belum keluar lagi, keselamatan anak shah rukh khan di penjara diperketat

Memetik laporan Astro Awani, Aryan Khan kini dipantau dan diberikan keselamatan lebih ketat sejak dipindahkan ke pusat tahanan khas Penjara Arthur Road, Mumbai.

Sebagai tambahan, Aryan juga dikatakan tidak berkomunikasi dengan mana-mana individu yang ditahan bersamanya ketika kejadian.

Aryan dilaporkan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran penjara termasuk makanan di sana.

Perkara tersebut membuatkan pihak pengurusan penjara terlibat risau terhadap keadaan kesihatan dan kebersihan dirinya.

Selain itu, penjaganya juga dikatakan pernah menghantar wang sebanyak Rs. 4,500 (RM250) sebagai perbelanjaan kantin di penjara susulan pihak berkuasa tidak membenarkan makan dari rumah dibawa masuk ke situ.

Terdahulu, Aryan dilpaorkan sepatutnya dibebaskan pada 19 Oktober lalu.

Tetapi tahanan reman itu dipanjangkan menjadi 14 hari di Penjara Arthur.

Awal Oktober lalu, Aryan ditahan bersama tujuh individu lain di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai, dipercayai terlibat dalam penggunaan, pembelian serta penjualan bahan terlarang.

Pihak Biro Kawalan Narkotik (NCB) mendakwa bahawa mereka telah merampas sejumlah dadah termasuk kokain dan ekstasi.

Aryan bersama yang lain bagaimanapun disahkan negatif daripada najis dadah.

Menurut NCB, perjalanan kes itu dilihat berat kerana ia melibatkan skandal dadah yang cukup besar.

 

Sumber: [1]