Seorang ibu tunggal dua anak di Indonesia yang telah berpisah dengan suaminya telah mengalami masalah kewangan. Disebabkan oleh itu, dia mengambil keputusan untuk menjual rumahnya.
Namun, apa yang lainnya adalah sekiranya ada orang yang membeli rumah itu dan berkenan dengannya dia sanggup menjadi isteri kepada pembeli tersebut.
"Sukar untuk menjual rumah ini, jadi saya fikir jika ada pembeli dan ada jodoh, saya sedia bernikah dengannya.
"Saya mahu menjual rumah ini untuk modal perniagaan dan menyara keluarga," katanya.
Ibu tunggal bernama Ayu itu tidak mahu melakukan pinjaman kewangan daripada perbankan kerana dia khuatir akan membebankannya di masa depan. Lantas, dia mengambil keputusan untuk menjual rumahnya dengan harga 250 juta Rupiah.
Dia juga berkata, mula-mula dia berasa agak malu apabila mengiklankan ‘beli rumah dapat seroang janda’.
"Pada mulanya saya malu tetapi apa yang boleh saya lakukan saya perlu menjual rumah ini dengan cepat.
"Lagipun saya bukan lakukan jenayah," katanya.
Namun, selepas beberapa jam iklan itu tersebar ia terus menjadi tular di beberapa kumpulan di WhatsApp.
"Saya terima banyak tawaran namun saya berharap lelaki itu mesti berpengetahuan agama dan akhlaknya baik dengan harapan dia dapat membimbing saya serta anak-anak.
"Jika rumah itu terjual, saya akan berpindah ke rumah keluarga bersama anak, Saqila Ayu Ramadhani (12 tahun) dan Alzena Shanum Fasya (3 tahun)," katanya.
Sumber: Sinar Harian