Bekas Anggota T-ara, Soyeon Bakal Kahwini Pemain Bola Sepak Korea

Bekas ahli T-ara Soyeon dilaporkan bakal mengikat tali pertunangan tidak lama lagi.

bekas anggota t-ara, soyeon bakal kahwini pemain bola sepak korea

18 Januari lalu, Soyeon mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan pemain bola sepak Korea Selatan iaitu Cho Yu Min yang sembilan tahun lebih muda daripadanya, pada tahun ini.

Menurut agensi pengurusan Soyeon, Think Entertainment, “Soyeon dan Cho Yu Min akan berkahwin pada bulan November selepas tiga tahun bercinta.”

Dalam pada itu, Soyeon turut berkongsi surat menerusi entri di Instagram yang berbunyi:

“Hello, ini Soyeon.

“Saya menulis surat secara peribadi untuk memberitahu peminat saya tentang berita yang dikeluarkan melalui laporan terlebih dahulu.

“Pada Julai 2009, saya bertemu peminat saya buat kali pertama, dan selama 12 tahun, saya sentiasa berasa berterima kasih kepada semua orang dan memohon maaf pada masa yang sama.

“Dan hari ini adalah hari apabila saya memberitahu semua orang bahawa saya akan berkahwin.

“Dari debut saya hingga sekarang, saya sentiasa bimbang untuk menunjukkan sisi baik saya, jadi perubahan ini berasa sedikit asing dan menarik pada saya.

“Saya memutuskan untuk menghabiskan sisa hidup saya dengan seseorang yang saya bersyukur, sentiasa menyokong dan percaya pada artis Soyeon dan seorang Park Soteon, menceriakan saya supaya saya boleh menghadapi cabaran tanpa berputus asa setiap kali saya berasa letih, dan berusaha seikhlas mungkin terhadap ibu bapa tercinta,” coretnya.

Selepas mempromosikan kariernya bersama T-ara selama lapan tahun, Soyeon meninggalkan kumpulan itu pada 2017 iaitu sebaik menamatkan kontraknya dengan MBK Entertainment.

 

Sumber: [1]