Bekas Ahli Girls’ Generation, Jessica Jung Bakal Bertanding Dalam Program ‘Idol Survival’ Di China

Bekas ahli Girls’ Generation, Jessica dilaporkan akan muncul dalam program realiti televisyen China yang berkonsepkan ‘idol survival’, iaitu Sisters Who Make Waves.

bekas ahli girls’ generation, jessica jung bakal bertanding dalam program ‘idol survival’ di chin

Berita mengenai penyertaan Jessica itu mula tersebar di media sosial China pada 3 April lalu selepas senarai nama peserta seramai 58 peserta bagi program realiti Sisters Who Make Waves, termasuk Jessica, didedahkan.

Penyanyi Korea Amerika berusia 32 tahun itu digambarkan dalam senarai sebagai Joseonjok, atau etnik Korea yang tinggal di China, dan disenaraikan sebagai peserta No. 22.

Senarai itu juga memperkenalkannya sebagai bekas ahli kumpulan gadis K-Pop, Girls’ Generation.

“Memang benar bahawa Jessica akan membintangi program uji bakat China,” kata sumber dari agensi Jessica Coridel Entertainment.

Sumber itu menambah, bagaimanapun, Jessica tidak akan mempromosikan dengan nama Girls’ Generation sejak dia meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2014.

Sisters Who Make Waves yang bakal membuka tirai musim ketiganya merupakan sebuah program yang memberi peluang kepada artis wanita berumur 30 tahun ke atas untuk menyertai kumpulan gadis China baru.

Terdahulu, program realiti Sisters Who Make Waves juga pernah menampilkan bintang K-Pop pada masa lalu termasuk bekas ahli miss A iaitu Jia dan Fei.


Sumber: [1]