Bekas Ahli AOA, Jimin Bakal Buat Kemunculan Semula Selepas Kontroversi Mina

Buat pertama kali dalam tempoh lebih setahun setengah, bekas ahli AOA Jimin kembali ke media sosial bagi berkongsi hadiah istimewa untuk peminatnya.

bekas ahli aoa, jimin bakal buat kemunculan semula selepas kontroversi mina

Julai tahun lalu, Jimin meninggalkan AOA dan menghentikan semua aktiviti selepas bekas rakan sekumpulannya, Kwon Mina mendakwa bahawa dia telah dibuli oleh Jimin semasa berada dalam kumpulan tersebut.

Sejak itu, terdapat banyak spekulasi dan perdebatan tentang kebenaran dakwaan itu, dengan Dispatch baru-baru ini menerbitkan beberapa perbualan lalu antara kedua-dua bekas ahli AOA itu pada September 2021.

Selepas menghantar permohonan maaf di Instagram berhubung situasi tersebut pada 4 Julai 2020, Jimin serta-merta menghentikan semua aktiviti dalam industri hiburan dan mendiamkan diri di media sosial selama lebih setahun setengah.

Walaubagaimanapun, pada 8 Januari lalu, dia mengejutkan peminatnya bersempena hari jadinya dengan sebuah lagu baharu berjudul “Suddenly” diiringi entri Instagram pertamanya sejak dia meninggalkan AOA.

 

Sumber: [1]