Bekalan Air Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Putrajaya & Sepang Pulih Sepenuhnya

Kesemua 463 kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya yang terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual telah menerima bekalan air bersih sepenuhnya sekitar jam 11 malam tadi.

bekalan air petaling, hulu langat, kuala langat, putrajaya & sepang pulih sepenuhnya

Sebelum itu, berlaku gangguan bekalan yang berpunca daripada henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada Rabu lalu berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, pihak mereka mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Selain itu, pengguna juga disaran mendapatkan maklumat rasmi berkenaan gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan kepada Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

 

Sumber: [1]