Bedak sejuk memang terkenal dari zaman nenak moyang kita. Zaman mak-mak kita dulu, bedak sejuk selalu di pakai untuk menjaga kecantikan kulit. Tetapi zaman sekarang ni agak susah untuk kita Nampak orang guna bedak sejuk.
Orang ramai mungkin tak tahu tentang kehebatan bedak sejuk ini. Jangan ingat bedak sejuk murah tetapi tak bagus. Sebenarnya salah satu tips untuk mengecutkan jerawat yang sedang kemerahan adalah dengan menggunakan bedak sejuk dan letakkan pada muka anda.
Fungsi bedak sejuk ini adalah sangat menyejukkan muka oleh itu ia mampu untuk susutkan jerawat dengan berkesan. Bedak sejuk juga mampu menyerap minyak yang berlebihan, membantu mengurangkan jerawat, bantu menghilangkan eye bags’, menanggalkan sel kulit mati, memberi seri pada muka dan mencerahkan wajah.
Yang paling best’ bedak sejuk tiada bahan kimia! So korang dah boleh start amalkan bedak sejuk sebelum tidur. Wajah akan menjadi lebih halus dan berseri. Selamat mencuba.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: hijabsta