Tiada sekatan yang akan dikenakan ke atas kegiatan ekonomi termasuk bazar Ramadan pada tahun ini.
Perkara tersebut dijelaskan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Namun, menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) bazar itu akan diperhalusi dan diumumkan apabila tiba masanya nanti.
“Kita tidak akan tutup perniagaan, saya dah sebut raya ke, bulan puasa ke, pasar Ramadan ke, pasar malam ke, masih akan dibuka seperti biasa,” katanya.
Sebelum ini, pihak media melaporkan kebimbangan peniaga bazar Ramadan yang risau sekiranya mereka tidak boleh berniaga akibat lonjakan mendadak kes COVID-19 negara susulan penularan varian Omicron.
Minggu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kasim berkata penganjuran bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini adalah dibenarkan dan akan dilaksanakan seperti biasa dengan SOP sedia ada.
Sumber: [1]