Semasa pelaksanaan PKP, orang ramai di nasihatkan supaya duduk di rumah untuk keselamatan diri. Oleh itu, hobi baru yang diminat orang ramai adalah bercucuk tanam. Orang ramai mula bercucuk tanam dan membeli pokok kerana mungkin ia adalah salah satu aktiviti yang boleh dibuat sewaktu PKP.
Ada yang tak pernah bercucuk tanam dan tak pandai membela pokok tetapi terjebak juga dalam melakukan aktiviti ini. Macam-macam cara dan baja digunakan untuk memastikan pokok atau tanaman subur.
Tidak dinafikan sesetengah baja mempunyai bahan kimia yang kuat dan tidak elok untuk pokok itu sendiri. Di sini ada sedikit perkongsian bagi membantu pokok hidup segar sekali gus bebas kimia dengan hanya membuat baja semula jadi!
Bahan-bahannya adalah sediakan 1kg bawang india atau bawang merah dan 1kg gula merah. Cincang bawang merah dan letakkan gula merah ke dalam bekas berselang seli dengan bawang dan diakhiri dengan gula merah. Tutup bekas dengan rapat supaya tidak dimasuki angin.
Jangan lupa untuk tandakan tarikh. Selepas seminggu boleh tapis untuk ambil cecairnya sahaja. Cara menggunakannya, gunakan 5 ml untuk satu liter air tanpa klorin. Semburkan pada daun, batang dan media tanaman. Dikatakan baja bawang merah membantu menggalakkan pertumbuhan akar dan bawang putih untuk kawalan serangga secara organik.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita