Tak semua orang ada kebolehan berfikir di luar kotak. Seperti mana yang ada pada seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dari Kenya ini, Stephen Wamukota.
Ketika usianya yang muda, kanak-kanak ini telah berjaya mencipta alat mesin mencuci tangan yang tak payah disentuh. Mesin tersebut sangatlah berguna untuk mengelakan jangkitan COVID-19.
Beliau mendapat idea apabila menonton televisyen tentang cara mencegah penularan virus itu. Stephen tinggal di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Kampung Mukwa, Bungoma yang terletak di Barat Kenya bersama keluarganya.
Menurut bapanya, James Wamukota, anaknya itu telah mencipta mesin berkenaan dengan kepingan kayu untuk membuat bingkai tingkap.
"Saya telah membeli beberapa kepingan kayu untuk membuat bingkai tingkap, tetapi ketika saya pulang ke rumah setelah bekerja saya mendapati Stephen telah membuat mesin itu.
"Konsepnya adalah milik Stephen, saya hanya membantu mengetatkan mesin dan sangat berbangga dengan hasilnya," katanya memetik laporan BBC.
Menurut James, anaknya sangat suka dengan kerja yang dilakukannya iaitu membaiki barangan elektronik. Setellah tular, Stephen telah menerima Anugerah Perintah Perkhidmatan Presiden (Patriotik) atas kejayaan mencipta mesin tersebut.
Stephen bercita-cita mahu menjadi seorang jurutera apabila beliau dewasa nanti. Gabenor County telah berjanji untuk memberikannya biasiswa.
Sumber: Astro Awani BBC