TERKINI: Baru Setengah Hari, Ini Naratif Terkini Politik Negara

terkini: baru setengah hari, ini naratif terkini politik negara

Jika boleh digambarkan situasi politik negara pada ketika ini melalui lagu, sudah semestinya lagu Haqiem Rusli bertajuk Tergantung Sepi adalah yang paling sesuai. Mana tidaknya, sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada jawapan yang jelas lagi nyata akan perkara ini.

Pelbagai perkara telah terjadi biarpun jam masih belum memasuki fasa PM. Jadi, jom kitorang kongsikan dengan korang secara ringkas apa yang telah berlaku 12 jam pertama pada hari ini.

1. Tun Dr Mahathir Sedia Menjadi Perdana Menteri Ke-8

Dalam satu kenyataan Berbahasa Inggeris yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir melalui akaun twitternya, beliau menyatakan bahawa beliau telah memiliki sokongan majority ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

terkini: baru setengah hari, ini naratif terkini politik negara

 

2. Pakatan Harapan terus menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri

terkini: baru setengah hari, ini naratif terkini politik negara

 

3. Syed Saddiq menegaskan dia tidak sama sekali akan bekerjasama dengan perasuah. Malah, beliau menekankan rakyat adalah tuan kepada negara.

 

 

4. Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin akui wakili Perikatan Nasional

Melalui laporan Astro Awani, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaki bahawa beliau membentuk Perikatan Nasional iaitu gabungan di antara UMNO dan PAS.