Bantal Besar Bentuk Nugget, Memang Nampak Real!

bantal besar bentuk nugget, memang nampak real!

Kalau korang tengok dekat atas ni ada nampak apa-apa beza tak? Sebenarnya gambar di sebelah kiri merupakan sebuah bantal berbentuk nugget.

Siapa je yang tak minat nugget kan? Walaupun makanan ni kategori segera tapi rasanya sangatlah sedap dan mudah dapat.

Tapi, macam mana kalau nugget dijadikan sebagai bantal?

Sekarang ni syarikat makanan segera terkenal di dunia, McDonald’s telah berkolaborasi dengan Travis Scott untuk menghasilkan bantal berbentuk nugget. Size bantal tu pula hampir 1 meter. Perghhh!

Bagaimanapun, bantal ni tak dijual di Malaysia. Tapi, kalau korang nak sangat bantal ni boleh je beli secara atas talian. Basicallay, bantal ni dicetak dengan reka bentuk nugget untuk nampak realistik.

Kan makanan tak pernah mengecewakan kita, mungkin bantal nugget ini boleh jadi peneman korang pada watu malam pula.

Sumber: METRO